Mari Berbagi Dengan Masyarakat Miskin Lagi Fakir

Bersama AL-IMTAQ INTERNATIONAL & SERVICES

Wakaf

WAKAF

Marilah Berwakaf Melalui
Al-Imtaq International & Services

1.     Pengertian Wakaf:-
Ø  Dari segi bahasa: wakaf asal kekata "وقف" atau "حبس" bermaksud, diam atau menahan.
Ø  Dari segi istilah syar'i, berbeza-beza pendapat mengenai maknanya sesuai dengan mazhab yang dianuti. Mazhab Syafi'iah (Imam Nawawi dll) mendefinisikan wakaf:
§  "menahan harta yang boleh diambil manfaatnya bukan untuk dirinya, sementara benda itu tetap ada dan digunakan manfaatnya untuk kebaikan orang lain dan sebagai alat untuk mendekatkan diri pada Allah s.w.t."
§  "menahan harta yang boleh diambil manfaatnya dengan menjaga keamanan benda tersebut dan memutuskan kepemilikan barang tersebut dari pemiliknya".

2.     Orang yang Berwakaf (Pemilik Harta)

  • Ø  Barang yang diwakafkan milik sendiri secara sah atau tetap
  • Ø  Merdeka (bukan hamba)
  • Ø  Berakal (bukan gila)
  • Ø  Baligh (bukan kanak-kanak)
  • Ø  Tidak dalam keadaan safih atau nyanyok, muflis.
3.     Wakil Pewakaf (Pengelola Wakaf)

  • Ø  Memastikan harta wakaf dalam keadaan baik
  • Ø  Menggantikan harta wakaf jika rosak hilang dan seumpamanya
  • Ø  Mengagihkan manfaat dari wakaf tersebut kepada yang berhak menerimanya.
4.     Yang berhak menerima manfaat wakaf

  • Ø  Orang yang masih ada (tidak mati) Ketika wakaf itu dibuat
  • Ø  Untuk kebaikan masyarakat seperti : membiayai sekolah bagi orang-orang yang tidak berkemampuan, membina pondok pesantren, perubatan dll
5.     Harta yang diwakafkan

  • Ø  Hendaklah harta tersebut boleh digunakan untuk satu tempoh yang lama
  • Ø  Hendaklah barang yang diwakafkan itu dapat diambil manfaatnya dengan berkekalan.
     Catatan: sekiranya berlaku kerosakan maka harta tersebut dijual dan sebagainya bagi memastikan harta itu                          kekal lama menjadi harta wakaf.

6.     Lafaz Wakaf
       Yakni ijab dan qabul (penyerahan daripada pewakif kepada pengelola atau yang menerimanya) dengan lafaz yang jelas atau kinayah (imbasan) seperti : aku kekalkan hartaku tapi tentulah dengan niat.

7.     Kandang yang memadai.
        Wakaf berupa lembu akan di tempatkan di kawasan Bandok @ pendalaman Lombok Timur dengan menitik beratkan pada penjagaan yang rapi. Anda boleh berkunjung pada bila-bila masa sahaja. Anda dapat terus melihat suasana yang Insya Allah boleh memberikan cita rasa tersendiri. Untuk melihat kandang lembu silahkan klik menu gallery kemudian gambar.

8.     Harga Wakaf
       Seekor lembu betina/jantan : $700


   Lihat dan Download surat perjanjian wakaf pada tombol link di bawah ini : 



Jika tuan/puan berkenan melaksanakan ibadah Wakaf silahkan download borang pendafaran Atau Isi Form Pendaftaran Online yang sudah kami sediakan.

Al-imtaq Clock2