
Syarikat
Al-Imtaq International & Services
telah ditubuhkan oleh :
Ust Musa Hasy Bin
Zulkifli & Ustazah Jamilah Bte Mohd Amran
yang mana keduanya telah
sama-sama menyelesaikan pengajian mereka di peringkat ijazah pengajian Islam
dalam bidang yang berbeza.
Musa Hasy Bin Zulkifli telah dilahirkan di Indonesia, Pendalaman Lombok Timur
dan mendapat pendidikan awal di kampungnya iaitu (Pondok Pesantren Tembeng
Putek/Tebing Putih) kemudian melanjutkan ke peringkat 'aliah/pra u di Ma'had
Darul Qur'an Wal Hadith (MDQH) (Pondok Pesantren Nahdlatul Wathan Pancor Lombok
Timur Indonesia) se awal tahun 2000 beliau telah melanjutkan pengajiannya ke
Malaysia @ INTIS (Institute Teknologi Ibnu Sina) dalam Bidang Syari'ah
Peringkat Diploma, seawal tahun 2003 beliau melanjutkan pengajiannya ke Mesir @
Universiti Al-Azhar, Kaherah selama 3 tahun, kemudian beliau melanjutkan
pengajiannya ke Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Jambi Indonesia dalam bidang
Ahwalus Syakhsiyah (Fiqh Kekeluargaan), kini sedang menyelesaikan MA/Sarjana di
Universiti Darul Ulum Jombang Indonesia dalam bidang "Pengurusan Wakaf
Kontemporeri Daripada Persepektif Empat (4) Madzhab".
Di samping itu beliau giat menyampaikan syarahan agama di serata masjid di
Singapura sekaligus menjawat jawatan sebagai muntawif/pembimbing haji dan umrah
@ Jalaluddin Travel & Services.
Beliau juga pernah berpengalaman bekerja sebagai Imam Eksekutif di Masjid Haji
Mohamad Salleh lorong 11 Geylang dan imam separuh masa di Masjid Darul Makmur,
tenaga pengajar di Masjid Darussalam @ Clementi dan Masjid Al-Firdaus @ Jalan
Ibadah.
Beliau telah mendapat PR (permanent resident) seawal tahun 2007, mendapat
pengiktirafan Asatizah (ARS) dan menjadi ahli kehormat @ Pergas (persatuan
guru-guru agama Singapura).
.......................................................
Jamilah bte Mohd Amran adalah anak watan Singapura yang telah mendapatkan
pendidikan awal @ Madrasah Alsagoff Al-Arabiah selama 10tahun. Selepas itu awal
tahun 2000 beliau telah meneruskan pengajiannya peringakat diploma dalam bidang
Usuluddin @ Institut Teknologi Ibnu Sina (intis), Malaysia . Sewaktu pengajian
beliau pernah aktif menyertai Majlis Perwakilan Pelajar INTIS sebagai Penolong
Bendahari dan juga Naib Pengerusi Biro Ekonomi dan Kebajikan Pelajar. Beliau
juga pernah menjawat jawatan sebagai Naib Pengerusi Ittihad Mahasiswa Singapura
INTIS. Pada tahun 2003 beliau menyambung pengajiannya ke peringkat Ijazah di
Universiti Al-Azhar @ Mesir dalam bidang Usuluddin, Hadith.
Pengalaman bekerja sebagai asatizah di Alfa Edu Centre mengajar pendidikan
Islam serta Bahasa Arab untuk peringkat kanak-kanak hingga remaja dan telah
bekerja sepenuh masa selama 10 tahun hingga kini @ Masjid Darul Makmur, Yishun.
2003 menjawat jawatan asatizah sepenuh masa mengajar kanak-kanak, 2005 sebagai
penolong eksekutif Dakwah mengajar remaja dan juga Muslimah 2006 sebagai
penolong eksekutif Belia mengajar dan melakarkan program untuk belia masjid,
2010 mengambil amanah sebagai Eksekutif Belia (YDO), 2012 sebagai eksekutif
Administrator (Head of Centre) aLIVE iaitu memantau YDO serta kids hingga youth
aLIVE Program (Living Islamic Value Everyday).
Pernah menyertai MABIMS (Menteri-menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia,
Singapura) mewakili delegasi Singapura.