Mari Berbagi Dengan Masyarakat Miskin Lagi Fakir

Bersama AL-IMTAQ INTERNATIONAL & SERVICES

Korban

KORBAN 

Mari berkorban bagi tuan/puan yang berkelebihan rizki. Salurkan korban anda melalui Al-Imtaq International & Services untuk saudara-saudara kita yang miskin lagi fakir.


Korban ialah penyembelihan binatang Korban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat 'Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada Allah s.w.t. , iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Dalil tentang ibadah Korban Firman Allah s.w.t.

1. Surat Al-Hajj : 36

šcôç7ø9$#ur $yg»oYù=yèy_ /ä3s9 `ÏiB Ύȵ¯»yèx© «!$# ö/ä3s9 $pkŽÏù ׎öyz ( (#rãä.øŒ$$sù zNó$# «!$# $pköŽn=tæ ¤$!#uq|¹ ( #sŒÎ*sù ôMt7y_ur $pkæ5qãZã_ (#qè=ä3sù $pk÷]ÏB (#qßJÏèôÛr&ur yìÏR$s)ø9$# §ŽtI÷èßJø9$#ur 4 y7Ï9ºxx. $yg»tRö¤y öNä3s9 öNä3ª=yès9 tbrãä3ô±s? ÇÌÏÈ   
yang bermaksud: 
"Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi'ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur."

2. Surat Al-Kautsar : 2
Èe@|Ásù y7În/tÏ9 öptùU$#ur ÇËÈ   
“Maka solatlah untuk Rabb-mu dan berkorbanlah.”


Dari Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Korban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan Korban. Sesungguhnya haiwan Korban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah Korban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) Korban itu."(Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Hukum Ibadah Korban
Hukumnya Sunnat Muakkad (Sunnat yang dikuatkan) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
1- Islam
2- Merdeka (Bukan hamba)
3- Baligh lagi berakal
4- Mampu untuk berkorban

Fadhilat/Kelebihan Ibadah Korban
1- Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
2- Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
3- Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan      
     Allah s.w.t.
4- Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan Allah s.w.t.
5- Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada 
     dengan golongan yang kurang bernasib baik.
6- Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim 
     diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:"Muliakanlah Korban 
     kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."
7- Syarat untuk melakukan Ibadah Korban secara jamaah (beramai2).


Menurut Syaikh ’Abdul ’Azhim Badawi dalam al-Wajîz fî Fiqhis Sunnah (hal. 402), korban membawa maksud kepada : “Haiwan ternak yang disembelih pada hari nahar (kurban) dan hari-hari tasyrik dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah Ta'ala.” Di dalam al-Mausū’ah al-Fiqhîyah, dikatakan :
“Haiwan yang disembelih dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta'ala pada hari nahar dengan syarat-syarat yang khusus. Tidaklah termasuk udhhiyah haiwan yang disembelih tidak untuk tujuan mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala, seperti hewan sembelihan yang disembelih untuk dijual, atau dimakan, ataupun untuk memuliakan tamu. Dan tidak termasuk udhhiyah pula hewan yang disembelih selain pada hari-hari ini (yaitu hari nahar dan tasyriq) walaupun disembelih dengan tujuan taqorrub (mendekata diri) kepada Allah Ta'ala.”

Secara bahasa al-Udhhiyah berasal dari kata dhuha yang artinya pagi, dinamakan demikian karena Nabi yang mulia ShallAllahu ‘alaihi wa Sallam biasa menyembelih hewan
pada waktu dhuha.


Jika tuan/puan berkenan melaksanakan ibadah Korban untuk disalurkan bagi saudara kita yang lebih membutuhkan silahkan download borang pendafaran Atau Isi Form Pendaftaran Online yang sudah kami sediakan.

Al-imtaq Clock2